Scoot Air – Had Bagasi
Penumpang yang menggunakan Scoot Air dialu-alukan untuk membawa:
Bagasi Bawaan
Setiap penumpang dibenarkan membawa dua beg kabin dengan berat gabungan tidak melebihi 10 kg untuk kelas Ekonomi dan 15 kg untuk kelas ScootPlus. Bagasi bawaan tidak boleh melebihi 54cm x 38cm x 23cm (dimensi linear keseluruhan tidak boleh melebihi 115cm).
Had Bagasi Daftar
Scoot menawarkan beberapa pilihan bagasi daftar yang dikemas kini seperti berikut:
FlyBag / FlyBagEat: Had 20 kg
ScootPlus: Had 30 kg
Anda boleh membeli sehingga 40kg had bagasi dalam talian tanpa mengira pilihan pakej tambang anda. Selaras dengan peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tempatan, setiap beg daftar anda tidak boleh melebihi 32kg. Anda dikehendaki untuk mengemas semula bagasi anda jika melebihi 32kg.
Pihak maskapai juga membenarkan penumpang memilih pakej tambang Fly yang tidak termasuk sebarang had bagasi daftar.
Untuk mengelakkan bayaran tambahan bagi bagasi berlebihan, pastikan mematuhi berat yang dibenarkan dan bilangan beg yang dibenarkan. Sebarang berat atau bilangan beg tambahan akan dikenakan bayaran tambahan, bergantung kepada ketersediaan ruang di kargo untuk bagasi berlebihan anda.
Bagasi Tambahan
Jika anda mempunyai berat atau bilangan bagasi lebih daripada had yang dibenarkan, bayaran tambahan akan dikenakan. Anda boleh membeli tambahan had bagasi sebelumnya dengan mendapatkan diskaun yang hebat. Caj bergantung kepada destinasi anda.
Peralatan Sukan
Terdapat caj bagasi khas untuk peralatan sukan dan ini akan bergantung kepada berat dan juga kategori saiz bagi barang tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai polisi bagasi, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Scoot Air di Tel: +603 4065 2121 atau hubungi ejen tiket penerbangan tempatan anda.