WiFi di klia2

Wifi Percuma kini boleh didapati di KLIA dan klia2.

Perkhidmatan WiFi yang ditawarkan oleh KLIA dan klia2 mempunyai dua pilihan – akses percuma dan akses premium. Akses WiFi tersedia di kebanyakan tempat duduk dan kawasan awam di terminal penumpang agar anda sentiasa dapat terhubung.

Dengan WiFi percuma di lapangan terbang, penumpang KLIA dan klia2 boleh dengan cepat menguruskan emel mereka atau berkongsi pengalaman dengan orang tersayang di media sosial.

Bagi perkhidmatan WiFi premium, dengan harga RM8.00, menawarkan kuota tanpa had selama 24 jam dan kelajuan 2Mbps bagi setiap peranti. ID WiFi premium lapangan terbang boleh dibeli dalam talian melalui laman web WiFi lapangan terbang dan juga dengan tunai di mesin jualan di terminal atau di mana-mana outlet Eraman yang menyertainya.

Jangan lupa untuk memutuskan sambungan peranti anda dari rangkaian WiFi setelah digunakan. Untuk maklumat lanjut atau sokongan, anda boleh mendapatkan bantuan di Kaunter Maklumat yang terdapat di seluruh terminal.

Bagi hotspot mudah alih dan perkhidmatan penyewaan WiFi (Pocket WiFi), anda boleh mengunjungi Outlet Perkhidmatan Sewa WiFi di pusat membeli-belah Gateway@klia2.